18 February 2011

selamat pengantin baru!!!

"selamat pengantin baru...
selamat berbahgia...
selamat beranak cucu...
selamat sejahtera... "


ha...yang lebih2x tu korang sambung sendiri la ye...
aku ni bukan ape,saje nak berkongsi sedikit ilmu tentang perkahwinan yang aku tau...
huhuh... korang mesti x sabar nk bace entry aku ni kan...
ok la, meh aku start ye...

perkahwinan atau dalam bahasa arab, nikah. maksud nikah tu pulak satu prosedur untuk membina satu kehidupan baru selepas sah di akad nikah kan. akad pulak mesti ade ijab dan kabul. ijab tu kata2x yang disebut oleh tok kadi untuk menikahkan pengantin. kabul pulak, kate2x yang disambut oleh pengantin untuk memvalidkan perkahwinan tu. lafaz kabul tu mestilah jelas dan boleh didengari oleh orang sekeliling.
hukum perkahwinan boleh jadi wajib, sunat, harus dan haram. mesti ade yang tertanye2x kan. kenape plak kawin tu haram? bukan terus haram...pengharaman kawin tu disebabkan oleh ade niat buruk disebalik suatu perkahwinan tu. contohnya, ali nak kawin dengan timah sebab ali nak bolot harta timah. bila dah situasi macam ni, hukum perkahwinan tu jadi lah haram sebab perkahwinan tu boleh mendatangkan mudarat keatas suatu individu yang lain.
perkahwinan jadi wajib sebab seseorang tu x boleh nak tahan nafsu syahwat dia yang terlalu kuat. bila pada mase ni, individu tu da pon diwajibkan berkahwin untuk mengelakkan berlakunya perkara2x yang dimurkai Allah Taala. hukum sebenar perkahwinan adalah sunnat. sebab, perkahwinan adelah sunnatullah. sesiape yang x nak berkahwin disebabkan dia xnak karier hancur atau ape2x yang same kelas dengannya,(duniawi), Rasulullah s.a.w x akan mengaku sebagai ummatnya! jadi kepada sesiape yang da mampu untuk berkahwin,segerakanlah.

"macam mane pulak kalau orang yang da meninggal yang x sempat kawin tu? Rasulullah x mengaku ummat jgak ke? "
soalan macam ni da terlalu kerap aku dengar sebelum ni... kalau berlaku kes macam ni,kita x boleh nak terus jatuhkan hukum. setiap kejadian kat muka bumi, alam semesta ni da ditakdirkan oleh Allah Taala dengan secantik-cantiknya. mungkin hamba Allah yang meninggalkan dunia ni sebelum sempat berkahwin, telah pon merancang untuk berkahwin. ataupun x sempat untuk menemui jodohnya sebelum ajal menjemput. itu semua dalam ilmu Allah yang hanya diketahui oleh Allah. kita sebagai hamba-Nya x berhak untuk mencampuri urusan Allah.

hikmah perkahwinan ni sebenarnya banyak. tapi setakat ilmu yang aku ade ni cume beberape je la yang boleh aku senaraikan kat sini. pertama sekali, boleh melahirkan masyarakat yang jelas identitinya. contohnya anak luar nikah. anak luar nikah yang terhasil ni, apabila besar akan mengalami kekaburan tentang salasilah keluarganya. siapa ibu bapanya. siapa adik-beradik nya. apabila kekaburan ini timbul, ditakuti anak luar nikah yang tidak mengenali saudara kandungnya sendiri akan menikahi saudara kandungnya itu. di sini akan terlahirlah satu masalah baru iaitu sumbang mahram. dan apabila hubungan antara dua insan tadi dapat dikesan sebagai adik beradik, maka pernikahan itu mestilah dibubarkan dengan secepatnya.

perkahwinan antara sesama sepupu x digalakkan kerana kombinasi genetik yang lebih kurang same akan menyebabkan anak yang terhasil daripada perkahwinan itu akan mempunyai daya tahan tubuh yang lemah.

selain tu, dapat jgak mengelak serta mengurangkan kes pembuangan bayi seperti yang berlaku pada zaman sekarang. sedar x sedar sebenarnya zaman sekarang ni dah kembali ke zaman jahilliyah pada suatu ketika dulu. kita sedia maklum pada ZAMAN JAHILLIYAH dulu (zaman sebelum kelahiran Rasulullah s.a.w) bayai perempuan ditanam atau dibunuh hidup2x. ZAMAN JAHILLIYAH pada waktu pemerintahan Firaun, bayi lelaki dibunuh sejurus selepas dilahirkan kerana takut pemerintahan Firaun digugat oleh seorang bayi lelaki sejurus selepas bayi itu dewasa. dan jahilliyah pada masa sekarang, bayi lelaki DAN perempuan dibuang di merata-rata tempat tanpa sedikit belas ihsan daripada ibu yang melahirkan bayi tersebut.
lihatlah! dunia sekarang dah semakin tunggang langgang. kucar kacir... ZAMAN JAHILLIYAH telah kembali. alamat untuk hari pengakhiran da semakim jelas kelihatan.
ambillah iktibar, bertaubatlah segera.

jadi kepada mane2x yang ade pasangan kat luar sane, cepat2x lah halalkan hubungan korang untuk mengelakkan musibah yang x diingini. Ingat! Syaitan x pernah putus asa untuk mengajak manusia masuk ke dalam NERAKA. jadi,hati2x lah dalam mengatur langkah agar x tersesat oleh pemandangan yang indah2x...
k,see next entry yup!

No comments:

Post a Comment