23 January 2012

sweet moment of 7th Squad

Assalamualaikum... dan Salam perpaduan...
dari UPM ke JPAM 'ganu,
mengisi cuti semester satu,
pertama jumpa tersipu malu;
setelah berkenal menjadi satu.

huhuh...kenangan kami suksis skuad 7 memang sweet dan takkan dilupakan... macam2x aktiviti yang kami buat. thanx to fasi yang sangat2x sporting ---> En. Yob Shuban, En. Suzairy dan En. Sasali. Anda memang sangat AWESOME!!!
kepada En. Rosli, kefasihan anda menguasai pelbagai bahasa memang membakar semangat saya untuk terus belajar menguasai palbagai bahasa lain.

memang banyak ilmu yang dicurahkan. etika yang patut diamalkan sebagai seorang pelajar yang membawa imej POLIS dimata umum memang tak boleh dipandang enteng. berat tanggungjawab yang harus dipikul.
keteguhan dan ketegasan dalam menyatakan pendirian dalam membuat keputusan antara salah satu ilmu yang menguji emosi dan ketajaman akal fikiran untuk terus berfikir bagi menegakkan pilihan yang sebenar.
gunakan enam elemen ini dalam kehidupan ini untuk menjadi insan yang berjaya setiap hari---> akal, pancaindera, telinga, hati, mulut dan tangan. fikirkan setiap apa yang dilontarkan (dengar) dengan minda yang terbuka secara matang sebelum membuat keputusan dan tindakan.

tinggi-tinggi belon dilambung,
melambung tinggi di Dewan Wira,
tinggi sungguh hasrat dilambung;
untuk menjadi perwira negara.

No comments:

Post a Comment