2. PASTIkan tahap kesihatan hedgehog berada dalam keadaan yg tiptop. hedgehog merupakan haiwan eksotik yg paling mudah untuk dipelihara kerana paling susah untuk mendapat penyakit. justeru itu, langkah awal sebelum mendapatkannya dari penjual perlu diambil berat demi kebaikan bersama. dalam keadaan TIPTOP bermaksud --> bahagian badan yg berduri dipenuhi dengan duri dan tidak mempunyai tompoktompok atau spot yg botak. jika dalam keadaan yg demikian, perhatikan seluruh badan hedgehog td. berkemungkinan dijangkiti kutu @ mites. boleh menyebabkan kerengsaan yg mencengkam jiwa hedgehog terbabit kerana kerap menggaru badan yg gatal serta menyebabkan kulit kering dan duri gugur dalam kuantiti yg bnyk.
3. diSYORkan untuk mendapatkan hedgehog atau apaapa jenis haiwan daripada breeder yg mengambil berat tentang keperluan asas mereka. dibimbangi haiwan yg dijual sudah BERPENYAKIT dan merugikan kita sebagai pembeli. ok, jika semua perkara diatas sudah ok, berbalik kepada kite pula yg nk menjadi owner hegdehog terbabit. PASTIKAN anda membaca sebanyak mungkin info berkenaan hedgehog atau manamana haiwan kesayangan anda untuk mengenali dengan lebih dekat. kan kate org tuatua, klw x kenal, maka x cinta. klw haiwan kesayangan tu pandai berkatakata seperti kite manusia, mudahlah untuk kite menjaga (mungkin laaa~). ok, next entry sy cerita lg panjang lebar berkenaan penjagaan khusus hedgehog ye. terima kasih sudi membaca. membaca jambatan ilmu, juga sunnah Rasulullah. jom jdkan amalan. =)
No comments:
Post a Comment