Assalamualaikum.. hai2.. hee..mesti korang pelik kan baca tajuk entry kali ni.. tetiba silaj??? mende alah plak la silaj tu kan.. untuk orang2 yg bukan dalam dunia penternakan ni mungkin jgk la xtau.. tp klw yg da sedia ada dalam dunia ternakan mesti tau ape tu silaj kan.. jadi, izinkan sy berkongsi ilmu dengan anda semua penternak2 dan bakal penternak untuk menambah baik kualiti ternakan kita..
Bismillahirrahmaanirrahimm..
Silaj atau dalam bahasa inggeris dikenali sebagai Silage adalah satu daripada pelbagai jenis makanan yang diberikan kepada ternakan seperti lembu dan kambing. silaj merupakan rumput seperti rumput gajah, pokok jagung yang telah dituai hasilnya dan apa jenis tumbuhan hijau yang dipotong dalam saiz 1cm - 2cm panjang untuk memudahkan proses pemerapan @ penjerukan.
Bagaimana silaj ini diproses?
Silaj diproses dalam keadaan tanpa kehadiran oksigen (udara). dalam kata lain, penjerukan dalam bekas yang tertutup sepenuhnya selama 2 minggu. berikut bahan2 yang diperlukan untuk menghasilkan silaj yang digemari ternakan.
- - tumbuhan hijau segar (rumput gajah, rumput napier, pelepah kelapa sawit, dll)
- - agen penjerukan @ fermentasi (yis)
- - ammonia @ urea
- - gula (hasil sampingan dari kilang gula) @ molas
- rumput dipotong menggunakan mesin chopper -saiz 1-2cm.
- campurkan yis, urea dan molas ke dalam satu bekas. larutkan tanpa menggunakan air.
- masukkan rumput yang dipotong ke dalam tong bertutup. selang selikan rumput dan campuran molas di dalam tong bertutup. mampatkan rumput didalam tong hingga tiada rongga2 udara.
- simpan tong yang berisi silaj dalam kawasan yang teduh dan terlindung dari hujan.
Silaj sedia untuk diberikan kepada ternakan selepas 21 hari pemerapan @ penjerukan. silaj yang saya kongsikan diatas adalah antara jenis silaj yang paling bagus untuk diberikan kepada ternakan kerana kandungan bakteria baik yang terhasil dapat meningkatkan kualiti ternakan.
Apa kebaikan silaj?
- dapat menjimatkan masa memotong rumput untuk diberi kepada ternakan (fidlot)
- menjamin stok makanan pada waktu2 kecemasan
- menjimatkan kos pembelian makanan ternakan
- dapat meningkatkan stok penyimpanan dan penghasilan makanan ternakan (jika menanam rumput napier, dsb. sebagai makanan ternakan)
- dapat meningkatkan penghasilan susu ternakan dengan kehadiran bakteria baik daripada silaj
- meningkatkan selera makan ternakan kerana bau dan rasa yang menarik
Ok, setakat ni dulu perkongsian kita.. ada apa2 persoalan tanya je, saya bole rujuk dengan pensyarah saya kalau saya x dapat nk menjawab soalan2 tu.. saya pon belajar lagi.. =) terima kasih sudi baca..
No comments:
Post a Comment